Arsenal Menang 5-3 Chelsea di Stamford Bridge

View previous topic View next topic Go down

Arsenal Menang 5-3 Chelsea di Stamford Bridge

Post by WebMaster_AMS on Sun Oct 30, 2011 11:17 am

29.0ctober.2011





Jaringan hatrik Robin Van Persie memastikan Arsenal mencatat kemenangan 5-3 diluar jangkaan terhadap Chelsea di Stadium Stamford Bridge. Ini adalah kemenangan besar yang pertama pertemuan antara Chelsea dengan Arsenal.

Di awal permainan, Arsenal ketinggalan 1-0 pada minit ke-14 hasil tandukan oleh Frank Lampard. Tetapi, V. Persie berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36. Sebelum separuh masa pertama tamat, Chelsea sekali lagi didepan hasil jaringan oleh John Terry.

Bermula separuh masa kedua, Arsenal dilihat menguasai permainan dan hasilnya pada minit ke-49 Arsenal berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan solo oleh Santos. Kelekaan benteng Chelsea dihukum sekali lagi oleh Arsenal apabila Walcott menjaringkan gol ke-3 buat Arsenal pada minit ke-56.

Kemasukan Meireles banyak membantu serangan Chelsea. Dan pada minit ke 81, Juan Mata berjaya menyamakan kedudukan 3-3 sama. Keputusan dilihat seri antara kedua pasukan ini namun Van Persie menjadi hero buat Arsenal apabila menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-85 hasil kesilapan Terry mengeluarkan bola. Minit akhir permainan, V. Persie melengkap hatriknya untuk memastikan kemenangan 5-3 ke atas Chelsea.
Tahniah Arsenal.

avatar
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 35

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum