Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand Sukan Sea ke-26 2011

View previous topic View next topic Go down

Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand Sukan Sea ke-26 2011

Post by WebMaster_AMS on Thu Nov 10, 2011 3:04 am

Malaysia menambah 3 mata di Sukan Sea Jakarta.

Khamis, 10 November 2011

Image © AFP
Pemain kebangsaan, Izzaq Faris Ramlan (kanan) meraikan jaringannya ke atas Thailand bersama rakan sepasukan di peringkat kumpulan Sukan SEA di Jakarta.

Persembahan meyakinkan daripada pasukan Malaysia! Izzaq Faris Ramlan muncul wira negara dengan meledakkan gol kemenangan ke atas Thailand.

Malaysia yang turun bagi perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno merekodkan kemenangan 2-1 dan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24.

Kapten negara itu tidak mempersiakan peluang terhidang apabila tenang menolak masuk bola ke dalam gawang untuk memberi suntikan keyakinan kepada rentak permainan negara.

Sejak wisel dibunyikan, Thailand berusaha memburu gol penyamaan, bagaimanapun mereka tidak gopoh dalam mengaturkan serangan. Pasukan Gajah Putih itu tenang mengatur gerakan dari bahagian tengah sambil mengintai lorongan-lorongan yang boleh menghukum pasukan negara.

Walaupun bagaimanapun, Malaysia mula mendapat semula rentak permainan yang menyaksikan kelicikan Syahrul Azwari Ibrahim banyak memainkan peranan di barisan serangan.

Dia beberapa kali hampir mencatatkan namanya sebagai penjaring sekalipun secara berseorangan. Penyerang berasal dari Kota Bharu tergelincir tatkala sudah berjaya melepasi kawalan pemain lawan.

Malaysia semakin garang dan terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan apabila Syahrul Azwari memilih untuk menghantar bola ke kawasan kotak penalti biarpun dia sendiri berpeluang untuk melakukan percubaan.

Thailand yang bermain dengan 10 pemain akibat kecederaan sebaliknya menghukum kealpaan pertahanan. Khairul Fahmi Che Mat tertewas selepas pertahanan negara sekadar memerhatikan rembatan penyerang lawan dari dalam kotak penalti. Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun sembilan minit kemudian, pemain gantian, Izzaq Faris yang masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam melenyapkan kegusaran negara. Dia membalas kepercayaan Ong Kim Swee dengan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti. Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Malaysia kemudian meneruskan asakan di minit-minit akhir perlawanan sehingga berjaya mencemaskan kubu lawan.
Perlawanan peringkat kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan menentang Singapura, baru-baru ini.
avatar
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 35

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum