Pingat Emas Sukan Sea 2011 Kekal Milik Malaysia!

View previous topic View next topic Go down

Pingat Emas Sukan Sea 2011 Kekal Milik Malaysia!

Post by WebMaster_AMS on Tue Nov 22, 2011 5:30 am

Selasa, 22 November 2011



Image © AFP
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan Sea ke-26 di Jakarta, 21 November 2011.
KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Sukar untuk menggambarkan betapa gembiranya seluruh peminat bola sepak Malaysia apabila skuad bawah-23 negara mencipta sejarah dengan berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea selepas menewaskan Indonesia di peringkat akhir.

Aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno dalam lautan penyokong tempatan nyata mendebarkan sehinggalah menyaksikan kemenangan Malaysia 5-4, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Baddrol Bakhtiar yang mengambil sepakan terakhir menjadi wira apabila mengesahkan kemenangan Malaysia, biarpun tendangannya hampir-hampir diselamatkan.

Terdahulu, sepakan pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang untuk memberi harapan kepada Malaysia. Namun tendangan penyerang negara Fakri turut diselamatkan, sebelum Khairul Fahmi kembali mencerahkan peluang selepas menyelamatkan tendangan lawan.

Dalam aksi 90 minit, Indonesia meraih gol pembukaan hasil tandukan Gunawan pada minit ke-5 permainan selepas menyambut baik sepakan penjuru. Gol tersebut nyata menggamatkan Stadium dan menyentap semangat pemain anak buah Ong Kim Swee, namun ia tidak menggagalkan skuad negara untuk memburu gol.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Asrarudin Putra di sebelah kiri gol pada minit ke 35, selepas menyempurnakan sepakan penjuru. Saingan cukup mendebarkan dengan aksi agresif dalam 45 minit pertama yang turut menyaksikan banyak percubaan-percubaan berbahaya daripada kedua-dua pasukan.

Malaysia hampir-hampir menambahkan jaringan selepas percubaan depan pintu gol apabila rembatan Asrarudin tepat menuju kearah penjaga gol Indonesia, sebelum percubaan Irfan juga didakap.

Pada minit ke 57, pertembungan pemain didepan pintu gol Indonesia, nyaris-nyaris membuahkan jaringan untuk Malaysia.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Malaysia sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila jolokan baik daripada Irfan gagal disudahkan oleh Fakri.

Pada separuh masa kedua bermula, Indonesia mempamerkan penguasaan dan turut menyaksikan percubaan -percubaan bahaya terutamanya daripada penyerang berbisa Bonai.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit dan juga 30 minit masa tambahan, sekaligus memaksa pengadil mengheret permainan hingga ke penentuan penalti.

Ia adalah kemenangan pingat emas keenam dimenangi skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan Sea selepas kali terakhir diperolehi pada 2009 di Loas.

avatar
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 35

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum