Arsenal Tewas 0-1 berdepan Man City Saingan Carling Cup

View previous topic View next topic Go down

Arsenal Tewas 0-1 berdepan Man City Saingan Carling Cup

Post by WebMaster_AMS on Thu Dec 01, 2011 8:32 am

Piala Liga: Sergio Aguero memalukan Arsenal
The Citizens melangkah ke babak semi-final berkat kemenangan tipis di Emirates dengan gol jaringan Kun Aguero.

Arsenal 0 - 1 Manchester City
November 30, 2011 3:00 AM WIB
Emirates Stadium — London
Wasit:‬ L. Probert‎
Jumlah Penonton:‬ 60028‎



Gol tunggal dari Sergio Aguero berhasil mengecewakan Arsenal yang tampil di hadapan 60 ribu lebih penonton yang memenuhi Emirates Stadium.

Dengan kemenangan itu, skuad pimpinan Roberto Mancini berjaya melangkah ke fasa semi-final bersama Liverpool serta Cardiff City, yang masing-masing menundukkan Chelsea dan Blackburn Rovers dengan jaringan, 2-0.

Satu lagi perlawanan untuk menentukan siapa yang bakal melangkah ke semifinal iaitu perebutan antara Manchester United dan Crystal Palace yang akan bertanding di Old Trafford pada Khamis (1/12).

Pertandingan antara The Gunners dan The Citizens menunjukkan saingan yang hebat apabila kedua-dua pihak sering berbalas serangan bermula dari awal babak sehingga ke akhir perlawanan.

Skuad pelawat terlebih dahulu memperoleh peluang. Dari sisi kanan penyerangan, pemain sayap Adam Johnson melakukan cut in sebelum melepas sepakkan kaki kiri yang tersasar sedikit dari gawang gol Lukasz Fabianski.

Arsenal segera membalas serangan apabila sepakkan Park Chu-Young yang seharusnya boleh menghasilkan gol jika penjaga gol Costel Pantilimon tidak mampu menyelamatkan bola tersebut.

City terus menekan the gunners lagi dengan serangan dan asakkan walaupun gagal menjaringkan gol melalui sepakkan Pablo Zabaleta yang melencong.

Melihat pasukannya cukup dominan dalam penguasaan bola namun kurang tajam dalam menyelesaikan peluang, Mancini memutuskan memasukkan Sergio Aguero di minit ke-32.Kemasukkan Aguero belum memberi impak sehingga mengakhiri babak pertama dengan keputusan 0-0


Separuh masa kedua berlangsung seperti dalam masa pertama dengan kedua-dua pihak berbalas serangan untuk mendapatkan gol. Edin Dzeko berusaha melepaskan sepakkan melengkung, tapi masih mampu dipatahkan oleh Fabianski.

Alex Oxlade-Chamberlain, pemain Arsenal yang paling memberi tekanan pada City pada malam itu, berusaha untuk membalas serangan namun hampa.

Kebuntuan gol pada akhirnya dipecahkan oleh The Eastlands enam minit akhir permainan melalui Kun Aguero.

Gol ini bermula dari situasi bola dari Edin Dzeko melepaskan umpanan kepada Johnson, yang lantas meneruskannya untuk Aguero menyudahkan sepakkan tersebut dengan jaringan gol.
avatar
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 35

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Re: Arsenal Tewas 0-1 berdepan Man City Saingan Carling Cup

Post by WebMaster_AMS on Thu Dec 01, 2011 8:37 am

avatar
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 35

View user profile http://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum