ARSENAL MALAYSIAN SUPPORTERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peraturan Berforum Dalam AMS

Go down

Peraturan Berforum Dalam AMS Empty Peraturan Berforum Dalam AMS

Post by WebMaster_AMS Tue Oct 18, 2011 1:20 pm

PERATURAN KEPADA AHLI FORUM


Peraturan ini ditetapkan untuk menjaga isu sensitiviti setiap ahli yg berdaftar.Ahli yang berdaftar secara automatik akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak AMS Team.



Tatasusila Berforum


Setiap ahli Forum adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan. Amaran dan teguran moderator mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum akan dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.


NickName


Anda boleh memilih memana nick yang bersesuaian dgn etika.Setiap ahli dibenarkan mendaftar dengan 1 nick sahaja dan tidak dibenarkan menukar nick atau menggunakan banyak nick setelah mendaftar sebagai ahli Forum. Pihak admin berhak membatalkan mana-mana nick pengguna yang tidak menepati syarat tanpa sebarang notis. Sekiranya ingin menukar nickname, ahli boleh menghantar pesanan ke inbox Admin mahupun Moderator dan memaklumkan nickname yang ingin ditukar.


Peraturan² Forum AMS -Arsenal Malaysian Supporter.

1. Ahli forum hendaklah sentiasa mematuhi Perlembagaan dan undang² negara Malaysia.

2. Ahli forum ditegah sama sekali bersikap perkauman dan diskriminasi.

3. Penggunaan bahasa² lucah dan bahan² lucah adalah di larang sama sekali.

4. Dilarang sama sekali membincangkan perkara² yang berunsurkan politik yang boleh menimbulkan persengketaan.

5. Provokasi di antara ahli juga ditegah.

6. Sentiasa menghormati ahli² lain yang berforum.

7. Mesti menghormati amaran dan teguran Admin team @ Group Moderator.Mana-mana posting yang melanggar
etika berforum yang admin dan moderator terlepas pandang, sila pembaca maklumkan kepada admin dan moderator
yang dilantik untuk tindakan susulan.

8. Forumers adalah dilarang sama sekali mengiklankan apa-apa barangan atau produk yang menyalahi undang-
undang.Mereka yang mengiklankan barangan perlu melampirkan sekali butir-butir barangan yang hendak diiklankan
DAN butir-butir maklumat peribadi pengiklan seperti nama dan no telefon. Sebarang penipuan yang berlaku dalam
urusniaga, maklumat ini akan digunakan oleh admin dan moderator untuk tindakan susulan.

9. Forumers adalah tertakluk dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap posting/statement yang dihantar
ke laman web ini. Admin dengan bantuan moderator berhak mengedit mana-mana posting yang menyalahi etika
yang digariskan.

10.Posting2 yang dihantar merupakan pandangan peribadi forumers dan tidak sama sekali mencerminkan pandangan
Pengurusan Forum AMS sebahagian atau seluruhnya. Justeru menjadi tanggunjawab pembaca juga untuk membuat
penilaian sendiri.

Akhir kata, kami di sini mengucapkan Selamat Berforum kepada semua !!! Peraturan Berforum Dalam AMS 807791368
WebMaster_AMS
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 42

https://www.facebook.com/rieyna168 https://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum