Terengganu benam Selangor 2-0
Page 1 of 1
Terengganu benam Selangor 2-0
Selasa, 18 Oktober 2011
Source: D5 Sports
SHAH ALAM, (D5) - Terengganu berjaya mengejutkan pasukan tuan rumah Selangor dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2011 yang berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor.
Kedua-dua gol Terengganu dijaringkan oleh penyerang berbisa mereka pada separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan pantas dan bertenaga sepanjang aksi separuh masa pertama, namun anak buah Irfan Bakti terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit pertama menerusi gol Abd Manaf yang tidak dikawal rapi.
Penyerang berbisa itu menggunakan skil dan kehebatan kawalan bolanya untuk menolak masuk mudah ke dalam pintu gol S'gor yang dikawal G, Jeevananthan.
Terkejut dengan gol pantas tersebut, Selangor cuba bangkit dan mengasak pasukan pelawat namun kekebalan pertahanan T'ganu menyukarkan mereka merobek gawang gol lawan.
Selangor memperoleh beberapa peluang terbaik menerusi sepakan percuma yang diberi pengadil perlawanan, namun kehebatan pakar sepakan percuma Safiq Rahim sepanjang separuh masa pertama masih belum terbukti.
Dua sepakan percuma yang diambil oleh Safiq pada minit ke-13 dan 15 hanya sekadar menyaksikan bola melintasi palang gol T'ganu yang dikawal cemerlang Md Sharbinee Allawee malam ini.
Sebaliknya, T'ganu sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyumbat gol kedua mereka pada minit 32 juga menerusi Abd Manaf.
Abd Manaf menjadi duri dalam daging apabila rembatan leretnya sekali lagi menewaskan penjaga gol S'gor, Jeevananthan.
Corak kedua-dua pasukan sepanjang aksi separuh masa tampak seimbang namun kebijaksanaan dan kreativiti para pemain T'ganu menjadi membezakan skuad Peteh dengan The Red Giant.
Kedudukan kekal 2-0 hingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung separuh masa kedua, menyedari ketinggalan dua gol pada separuh separuh masa pertama Selangor nyata terdesak mencari gol penyamaan mereka.
Namun, kekebalan benteng pertahanan T'ganu yang dikemudi Md Marzuki dibahagian tengah sukar dirobek malahan seringkali serangan pemain S'gor dipatahkan dengan mudah.
Keadaan terdesak menyaksikan jurulatih P Maniam terpaksa merombak barisan pemainnya dengan membuat pertukaran dua pemain pada separuh masa kedua.
Namun, kemasukan Md Fadzli Saari dan D. Surendran masih gagal membantu S'gor yang nyata ketandusan idea untuk merobek kubu Sharbinee.
Peluang pertama S'gor untuk merapatkan kedudukan diperoleh pada minit 51 menerusi percubaan jarak jauh Md Bunyamin Umar namun ia berjaya ditepis Sharbinee.
Selangor mengasak lagi pada minit 63 selepas mendapat sepakan percuma dihadapan pintu gol T'ganu namun rembatan Safiq hampa sekali lagi selepas ia sekadar melintasi palang gol T'ganu.
Kelebihan dua gol yang dimiliki T'ganu menyaksikan anak buah Irfan mempamerkan corak permainan bertahan sepanjang aksi separuh masa kedua, namun beberapa gerakan serangan kilat oleh Abd Manaf dan Abd Hadi beberapa kali hampir menghukum keasyikan pemain S'gor menyerang.
Baki 20 minit permainan, kerancakkan permainan masih berterusan dengan penguasaan bola memihak lebih kepada S'gor.
Peluang terakhir buat skuad Red Giant untuk merapatkan jurang hadir pada minit akhir permainan selepas mendapat sepakan percuma namun rembatan D. Surendran sekadar melintasi tepi pintu gol Sharbinee.
Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan dan menyaksikan T'ganu membawa kelebihan dua gol untuk dibawa ke pusingan kedua nanti yang dijadualkan pada 22 Oktober nanti.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Mon Mar 25, 2013 1:04 pm by WebMaster_AMS
» 'One-Touch Football' Tidak Akan Bawa Malaysia Ke Mana - Prof Khoo
Mon Mar 25, 2013 12:56 pm by WebMaster_AMS
» Lebih 30 Peratus Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi - Liow
Mon Mar 25, 2013 12:52 pm by WebMaster_AMS
» Nauzubillah....,Test Dulu Api Dunia.
Mon Mar 25, 2013 12:49 pm by WebMaster_AMS
» Maner Sahabat2 AMS semua..
Mon Mar 25, 2013 12:46 pm by WebMaster_AMS
» salam perkenalan..
Sun Oct 07, 2012 9:36 am by WebMaster_AMS
» New Signing :)
Wed May 23, 2012 6:30 pm by WebMaster_AMS
» Standard Format Introduksi
Sat May 05, 2012 6:12 am by WebMaster_AMS
» Salam Perkenalan : New Comer mintak tunjuk ajar~
Tue Apr 10, 2012 4:35 pm by WebMaster_AMS