ARSENAL MALAYSIAN SUPPORTERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

UEFA tolak rayuan Wenger

Go down

UEFA tolak rayuan Wenger Empty UEFA tolak rayuan Wenger

Post by WebMaster_AMS Sun Oct 30, 2011 10:31 am

NYON, (PA Sports) - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan tetap menerima penggantungan dua perlawanan Liga Juara-juara Eropah selepas rayuannya ke atas hukuman tersebut ditolak oleh UEFA.

"Badan Rayuan UEFA telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Arsenal FC dan Arsene Wenger berhubung penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pengurus tersebut ketika perlawanan pertama kelayakan UCL menentang Udinese pada 16 Ogos lepas," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UEFA.

Arsenal turut didenda EUR10,000 (RM42,384) kerana gagal mengawal tingkah laku pegawai mereka. Wenger sebelum itu telah dikenakan hukuman tersebut kerana didapati menyampaikan arahan menerusi telefon kepada pegawai teknikalnya ketika berada di tempat duduk penyokong. Pengurus itu ketika itu sedang menjalani penggantungan yang diterimanya pada musim lepas.

"Wenger kini digantung daripada menjalankan tugasnya bagi dua perlawanan Arsenal yang seterusnya - aksi peringkat kumpulan UCL menentang Borussia Dortmund dan Olympiacos pada 13 dan 28 September," tambah kenyataan itu lagi.

Selasa, 6 September 2011
Source: PASports
WebMaster_AMS
WebMaster_AMS
Webmaster
Webmaster

Posts : 40
Join date : 13/10/2011
Age : 42

https://www.facebook.com/rieyna168 https://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum